Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Sunday, September 6, 2009

Nite Ride at RRI week 5 (15 Ramadhan)

Sabtu, 5hb. September 2009.
Hari ini merupakan hari ke 15 umat islam mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan.
Dan juga merupakan hari yang ke 4 kami menjalankan aktiviti masuk RRi pada waktu malam.

Jam 10:30pm kelihatan Khairi tengah tercegat kat sebelah Petronas A&W menunggu ketibaan riders yang lain. Sebaik aku tiba aje, Khalili pun muncul diiringi anak sulungnya, Firdaus.
Tak lama lepas tu Awie pun muncul... Terus melemparkan soalan...
"Nadza mana?.. Dia kata nak race...?" katanya.
Nampak gaya hari ni Awie menang tanpa bertanding.

Kayuhan dimulakan jam 10:50pm.

Melepaskan penat di puncak bukit tolak.
Sebaik tiba dipuncak RRi, Awie terus saja menghidupkan unggun api.

Dengan mudah api dihidupkan oleh beliau dengan menggunakan hikmat "tenungan mata laser"

Basikal Firdaus.


dari kiri : Khairi, Firdaus, Khalili, Awie & Ezad.
Seronok berkayuh dengan korang semua, insyaallah, esok kita kayuh lagi ok.

Jarak kayuhan : 14km.

No comments:

Post a Comment