Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Monday, August 31, 2009

Nite Ride at RRI week 4 (8 Ramadhan)

Ahad, 30hb Ogos 2009.
Memandangkan lagi beberapa jam nak menyambut merdeka, kami berkumpul tempat biasa pada waktu yg biasa juga.

Kali ni Wer @ Farhoud dapat men"join"kan dirinya. Disamping Wan & Man.

Sebaik Khalili muncul, kami pun berlepas.

Sedang sedap melayan downhill, kami terserempak dengan security dari tropicana yang membuat rondaan kat dalam RRi.....? Sebenarnya telah ada kes pecah rumah, Perompak terbabit memasuki rumah di kawasan pinggir melalui ladang RRi.

Kami meneruskan juga perjalanan.. setiba dipuncak.... jam 11:50pm

Sebahagian kawasan Kepong, Kota Damansara & KL. Gambar di ambil dari bangunan tinggal 3 tingkat.



Ni pula gambar di sebelah Shah Alam.

Genting Highland sedang membakar bunga api.
Tak boleh nak zoom in lagi.. maklum lah kamera murah. Warna merah tu adalah nyalaan bunga api.

Kami turun dari puncak lebih kurang jam 12:20 pagi setelah puas menonton bunga api di segenap penjuru. Dengan melalui jalan bukit cempedak & jalan pasir kami sampai di 7Eleven depan SEGi jam 12:45.
Lepas tu ke kedai mamak minum teh tarik.
Jarak Kayuhan : 17km.

No comments:

Post a Comment