Malam ni merupakan malam terakhir bagi kami semua menjalankan aktiviti kayuhan malam di RRi coz minggu depan masing2 akan pulang beraya di kampung halaman.
Memandangkan malam ni merupakan malam terakhir, ramai riders yang menyenangkan diri untuk berkayuh.
Jas sedang membuat persiapan dengan mengepam tayar basikal.....


Sedang menunggu ketibaan rider yg lain.

Azlee pun turut serta.



Sedang menunggu ketibaan rider yg lain.

Azlee pun turut serta.

Tiga basikal putih yang sekian lama tidak bertemu, akhir bertemu jua dlm "jejak kasih" pada malam ini.
Kami memulakan kayuhan jam 11:15pm. Seramai 13 riders pada malam ini. Ianya terdiri daripada : Awie, Khalili, Firdaus, Rashidi, Wan, Man, Farhoud, Azlee, Zaidi, Jas, Herbert, Phang & Aku. (13th Warriors.. hehehe)

Semasa memanjat bukit tangki air, tiba2 rantai basikal Wan terputus.
Akan tetapi sebelum itu Azlee telah mengalami kekejangan otot. Beliau terpaksa berpatah balik dengan ditemani oleh Phang.
Sebaik sampai dipuncak, kami pun cuba menghidupkan unggun api. Tapi tak berjaya, sebab petang tadi hujan, ranting kayu semuanya lembab.

Sementara yang lain cuba menghidupkan unggun, kami berposing.


Api masih juga tak menyala........


Akhirnya! hidup pun... tapi tak lama, Sekejap jer padam balik... Kami menggunakan masa yang sekejap tersebut dengan mengambil gambar.



Sementara yang lain cuba menghidupkan unggun, kami berposing.



Api masih juga tak menyala........



Akhirnya! hidup pun... tapi tak lama, Sekejap jer padam balik... Kami menggunakan masa yang sekejap tersebut dengan mengambil gambar.
No comments:
Post a Comment