Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Monday, March 28, 2011

Bike Rack

Kepada sesiapa yang tinggal di apartment... yang mana ruang untuk menyimpan basikal adalah sangat terhad... Di sini ada sedikit idea.... Dengan bermodalkan RM250, Satu rak basikal yang penuh bergaya boleh diperolehi.... Bahan2 nya... Sebatang post "Stolmen"(RM150), Sekotak Bracket "Stolmen" (RM50)ada empat pasang didalamnya. cuma guna dua aje, 4 cangkuk 'Stolmen" (RM10 setiap satu) dan dua batang hollow 20mm x 20mm..(hollow ni kena beli kat hardware yg ada jual besi). Hollow lebih baik guna aluminium... tapi aku guna besi sebab susah nak dapat aluminium. Beginilah hasilnya.... Terima kasih pada :

Spring Cleaning @ KDCF

Ahad, 27hb March 2011. Memandangkan terlalu banyak pokok tumbang di trail KDCF. Kami bercadang untuk membersihkan "sedikit" agar menyenangkan para2 rider. Halangan pertama, sebelum persimpangan antara Temuan & Scout. Batang pokok sebesar peha Dzul melintang ditengah trail.



Dengan berbekalkan sebilah parang, kami memotong batang pokok tumbang tersebut.


Berjaya..


Halangan ketiga....Rimbunan pokok yang menutupi trail Scout.

(halangan kedua, akan kami usahakan minggu depan)






Antara yang menjayakan kerja2 pembersihan...


Akhirnya!


Khaleel dengan pelan lokasi.


Pelan lokasi.


Lepak kepenatan...


Thanks to Kevin kerana datang membawa snacks.

RRi Morning Ride

Sabtu, 26hb March 2011. Jam 8:30am, kami memulakan kayuhan. Seperti biasa, petronas A&W merupakan titik berkumpul bagi semua rider. Bro Rosli bersebelahan kolam tadahan banjir sungai buloh. dari kiri : Nadzree, Dzul, Brian, Daniel, Bro Rosli, Raeny & Ong. Dipersimpangan.... Rehat sebentar sebelum panjat bukit tangki. Dipuncak. Tempat jatuhnya Bro Rosli. Eric... Student dari China. Join sekali semasa berjumpa di puncak. Shahir... Dzul.. Seperti biasa.... sebagai penutup, kami lepak di sini sehingga jam 12 tengahari.

Monday, March 21, 2011

Another Rampage @ KDCF

Ahad, 20hb March 2011.
Jam 9:15am..... 11 riders yang "hilang akal" cuba untuk berkayuh didalam KDCF yang mana merupakan tempat tadahan hujan lebat pada malam tadi.

Pit stop pertama selepas menolak basikal sepanjang 500 meter panjat bukit.

Halangan pertama di trail Temuan. Pokok besar yg tumbang merentang laluan sejak ribut besar yang meranapkan sebahagian trail di KDCF sedikit masa dahulu.

Halangan kedua di trail Temuan...runtuhan pokok kecil... pun sama, wujud semasa ribut besar.

Faizal & Wong membasuh sedikit tanah yg terlekat pada kasut.

Halangan ketiga... di Scout trail... baru terjadi 1 bulan lepas.

Berehat selepas puas melenjan Temuan & Scout Trail di KDCF.
(berikut adalah 11 rider hilang akal yang di maksudkan diawal tadi... dari kiri : SiS, Adam, Dzul, Nazree, Raeny, Zul, Syahrul, Kenneth, Wong (muka terlindung tiang), Faizal (yg cuma nampak sebahagian kepalanya saja) & jurugambar) Manakala yang berseluar jeans pula adalah rider yang sedang berehat atas nasihat doktor... Joe namanya.

Cuci basikal sebelum balik. RM2 satu basikal.

Monday, March 14, 2011

KDCF RAMPAGE!

Ahad, 13hb March 2011.
Jam 9:30am kami memulakan kayuhan.

Rasanya laluan disebelah kiri tu merupakan trail baru yg akan dibuka tidak lama lagi.

Lepak kejap kat bukit switchback di Temuan trail.

SANTAI @ RRi

Sabtu, 12hb March 2011.
Jam 8:45am kami (Nazree, Raeny, Nik, Ong, Brian, Syahrul & aku) memulakan kayuhan meredah ladang getah di RRi.

Brian mencuba downhill pendek.

Syahrul memecut di single trail.

Di ikuti oleh Brian...

dan Nazree.

Syahrul menuruni teres.

Ong...

Nazree...

Brian...

Nik...

Raeny...

dan Aku...(thanks Raeny kerana meng"offer"kan diri jadi cameraman)

Dalam perjalanan pulang, kami menyusuri laluan yang melintasi parit besar. Dan dalam parit tersebut kami terjumpa sebuah basikal mountain..... basikal fullsusp warna biru bersama fox talas 36.... ish...ish...ish... basikal siapa laaa ni?