Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Sunday, November 29, 2009

RRi Morning Ride week 4

Ahad, 29hb. November
Seperti biasa, jam 7:30am semua riders telah menunggu di Petronas A&W. Jam 8am, kami memulakan kayuhan.
Seperti biasa juga, jalan masuk masih tak berubah. Masih seperti 2 bulan lepas.
Dari kiri: Ezad, RMZ, Nik, Khairi, Vertigo & 5zal.



Cuaca berkabus pada pagi ini.
Tiba2 laluan terhalang oleh pokok getah tumbang ketika kami sedang asyik melayan downhill.










Awie muncul ketika sesi bergambar di "teres".
Laluan terhalang sekali lagi, ketika kami memanjat bukit menuju ke bukit tangki air.

Sedang kami menuruni bukit tangki air, tayar basikal Nik pancit.
Sebelum sampai di rumah kongsi, lagi sekali tayar basikal Nik pancit lagi. Kali ni tayar belakang pula.



Khairi, RMZ, Vertigo & Awie meneruskan kayuhan hingga ke Tropicana. Manakala yang lain meneruskan jalan pulang.

Jarak kayuhan lebih kurang 15km.

Wednesday, November 25, 2009

KLMTB Carnival 2009 @ Kiara

Ahad, 22hb November
Di Kiara pada 21 & 22hb November lepas, telah berlangsung Karnival Mountain Bike Kuala Lumpur 2009.

Aku tiba dilokasi jam 12 tengahari. Waktu itu takde apa yang menarik. Suasana lengang, Seolah-olah karnival baru saja tamat. Selain hanya terdapat 2 buah booth menjual peralatan champing & "sarung kepala". Takde pula yang jual Jersey ke... peralatan basikal ke... basikal ke... sewa booth mahal sangat kot? Atau pun hari sabtu jer yang meriah?


Akhirnya aku "terjumpa" dengan Rizal yang tengah menunggu jam 2pm untuk ke pusingan akhir.
Tahniah bro.. Top10.

Monday, November 23, 2009

RRi site A & B week 3

Sabtu, 21 hb. November
Tepat jam 7:30 pagi, dari jauh kelihatan 7 riders sedang "bersuka ria" sambil menanti rakan2 lain. Ianya tidak lain & tidak bukan....dari kiri : Nik, Khalili, Firdaus, Khairi, Fauzi, Shahrul, RMZ, Wan dan Dzul.

Jam 8 pagi muncul pula Faizal, Aaron, Chu & Kevin.

Dengan riangnya kami seramai 14 orang + seorang warga Myanmar memulakan kayuhan menuju RRi.

Sebaik tiba di pintu masuk RRi, Kami tidak dibenarkan masuk, kerana kerja2 pembinaan jalan (yg rasanya sudah lebih sebulan tak siap2) sedang dijalankan.

Terpaksa kami melalui jalan sungai buloh yang pada ketika tu tak berapa sibuk.



Menyeberangi jalan sg. buloh, menuju ke RRi site 'A'.

Sedang 10 riders bersukaria mengayuh basikal masing2... tidak lupa pada yang kurang bernasib baik, tayar basikal Nik tetiba pancit. NAsib baik Shahrul ada, dengan sepantas kilat dia menukarkan tiub dengan tidak menggunakan peralatan. (masukkan angin pun tiup pakai mulut jer).

Kayuhan di teruskan.

Fauzi

Memanjat bukit tolak di site 'B'

Dipuncak tertinggi RRi.

Kevin, first timer.






Lelong!! lelong!! RM1k sekilo. (termasuk basikal Nik yang seberat 9kg)





Selepas itu kami pun pulang.

Tumpang basuh basikal dirumah Shahrul.


Sebelum....

Selepas.
Jarak kayuhan 30km.