Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Wednesday, September 29, 2010

ATTACK POSITION

"Attack Position" merupakan posisi yang paling selamat ketika berbasikal gunung.

Berikut adalah checklist untuk menggayakan posisi tersebut.

The Foundation of Every Skill.
"When Lee McCormack teaches his skills clinics, he always starts with the attack position. Whether you're a beginner or a pro, young or old. male or female, endurance or gravity, your attack position helps you execute every move with more grace & power"
-petikan dari majalah Mastering MOUNTAIN BIKE Skills Second Edition-

Diharap checklist ini berguna untuk kawan2 semua.

Sekian.

Monday, September 27, 2010

Harus Ada!

Berbasikal gunung merupakan riadah yang sangat menarik. Akan tapi adakah kita benar2 bersedia untuk berbasikal gunung? Bersedia yang dimaksudkan adalah dari segi fizikal, mental dan juga peralatan. Persediaan fizikal & mental, tak perlulah diterangkan kerana semua sudah sedia maklum.

Di sini saya ingin ceritakan serba ringkas tentang persediaan peralatan apabila berlaku kecemasan. Dan perkara ini haruslah diambil berat ketika anda keluar untuk berbasikal gunung.

Contohnya seperti:


1. TIUB BASIKAL

Setiap rider harus membawa bersama sekurang-kurangnya satu. Manalah tahu sedang sedap kayuh di tengah-tengah hutan, tiba-tiba tayar anda pancit. Dan yang paling menyedihkan apabila dalam ramai-ramai riders yang bersama dengan anda pada ketika itu, seorang pun tidak membawa tiub spare. Kenalah tolak basikal, kalau dekat takpe... kalau jauh kat dalam hutan.... sendiri mau ingat laaa...




2. PUMP

Bila dah tukar tiub, kenalah ada pump. Tak perlu bawa pump yang besar macam yang kat rumah tuu... bawa hand pump sudah memadai.




3. PENYAMBUNG RANTAI.

Benda ni pun lebih kurang penting juga sekiranya berlaku rantai basikal terputus. Kalau takde benda ni, kerja menyambung semula rantai akan menjadi sukar.




4. HAND TOOL

Kalau takde benda ni, nak sambung rantai pun tak boleh.




5. FIRST AID KIT

Saya percaya, ramai rider tidak membawa sama first aid kit ni ketika menunggang basikal.

Sunday Morning Ride @ RRi

Ahad, 26hb September 2010.
Gambar diambil sebaik habis pusingan pertama, iaitu kayuhan sejauh 9km disebelah Tropicana.
dari kiri : Fauzi, Asri, Zaki, Ezlan, Din, Nik & Fauzi.

Di puncak kami berjumpa dengan group mtb lain.
Jarak kayuhan : 22km.

Saturday Morning Ride @ RRi

Sabtu, 25hb September 2010.
Seperti biasa, Petronas menjadi RV kami.
Reno sedang men"setup" basikalnya.
Kayuhan dimulakan jam 8:45am dengan kayuhan menyusuri tasik bersebelahan D'Cova sambil di perhatikan oleh sekumpulan burung bangau yang sedang mengail ikan di sungai berdekatan.
Rehat kejap.
Sambung semula kayuhan menyusuri laluan lalang.
Din Yeop mengepalai kayuhan mendaki bukit TNB. (nama diambil sempena dipenghujung laluan tersebut terdapat sebuah bangunan pencawang TNB)
Khalili..
Amran..
Reno..

Aku
Sampai di puncak, kami dihidangkan oleh Khalili dengan Krepek pisang sempena hari raya.

Khalili sedang menjamukan tetamu yang hadir.
dari kiri : Raja, Reno, Amran, Khalili, Din & Raja.
Selepas menuruni teres, kami meneruskan kayuhan melalui rumah kongsi.
Akan tetapi menggunakan laluan lain...terpaksa menyeberangi sungai.

Walaupun cetek... kasut kami semuanya basah, kerana dasar sungai tersebut sangat lembut... membuatkan basikal tersangkut.
Jarak kayuhan 22km.

Wednesday, September 22, 2010

Tip Turun Cerun Curam.

Menurun cerun yang curam sering kita lalui ketika berbasikal gunung. Di sini ada tip untuk melakukannya.
Diharap kawan2 dapat mempelajari sesuatu darinya.
Petikan dari "Mastering MOUNTAIN BIKE Skills" - oleh Brian Lopes & Lee McComack.

Thursday, September 16, 2010

Malaysia Day Ride

Khamis, 16hb September 2010.
Hari ni merupakan Hari Malaysia.... Memandangkan sudah lebih seminggu tak kayuh,
hari ni merupakan hari yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti kayuh basikal masuk kebun getah sebelum pergi beraya.
Jam 8:50am kami berkumpul di Petronas A&W...
dan jam 8:50am juga kami start roll.
Sampai di puncak jam 9:35am... dari kiri: Zaki, Raja, Ezlan, Bro Rosli & Din Yeop.
Zaki
Bro Rosli & Din Yeop

Raja, Ezlan & Zaki
Sebelum balik, kami ke jeti untuk....
berposing.

Bro Rosli sempat layan Downhill Downtown!

Sunday, September 5, 2010

RRi Nite Ride

Sabtu, 4hb Sept 2010.
Kayuhan malam ni bermula pada jam 11:10pm dengan berbekalkan 4 org rider.
Cuaca pada mulanya baik bertukar gerimis semasa kami memasuki RRI.
Sampai di puncak pada jam 11:45pm
Raja Akmal
Penew... (alamak! sorry bro, gambar tak clear)
Sebaik kami turun dari puncak melalui laluan sebelah tangki air. Rantai basikal Raja putus dan tercicir di tengah jalan. Usaha mencari dijalankan di sepanjang laluan tersebut.
Akhirnya jumpa juga....

Selepas kerja penyambungan, kami meneruskan kayuhan ke Restoran Padang Kota.
Sampai Padang Kota jam 2:15am.
Jarak kayuhan : 18km.