Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Sunday, July 8, 2012

RAMP UNTUK LEPAS GIAN
Ahad, 8hb Julai 2012
Disediakan khas untuk mereka yang gian nak melompat.
Kalau rasa nak lagi tinggi, kita tambak lagi.
 



Monday, April 16, 2012

KTR Family Day

Rabu, 11hb April 2012
Sempena hari pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, KTR tidak melepaskan peluang dengan memasukan program Hari Keluarga KTR pada hari tersebut.
Pada jam 8am, hujan mula turun dengan lebatnya.... mujur pada jam 9 lebih hujan mula reda. Jam 10am hujan berhenti dan kami memulakan persediaan untuk BBQ.
 
 
 
 
 Kepak ayam & kambing menjadi menu utama BBQ pada hari tersebut, disamping sosej.




 








 
 
 
Program berakhir jam 2pm... Ribuan terima kasih kepada semua ahli KTR & keluarga yang masing-masing ringan tulang menjayakan hari keluarga KTR ini.

Monday, March 5, 2012

JUNGLE TRACKING BERSAMA KRU 24-7




Sabtu, 3hb March 2012
Terima call dari Wak (KRU Production) mengatakan bahawa pihak beliau ingin membuat rakaman Jungle Tracking untuk rancangan 24-7 di Kota Damansara Community Forest pada hari ini.
Kami berkumpul seawal jam 9 pagi di pondok KDCF. Qayyum, Raeny, Isa, Bai, Awie dan beberapa rakan. Sementara menunggu, sempat diorang ni (yang membawa basikal bersama) layan 2K & 4K beberapa round.

 Nasib baik tayar pancit, kalau tidak... rasanya lagi 7-8 round Isa akan buat kayuhan. 
 Berposing bersama artis Tai (Taiyuddin Bakar...pelakon cerita "Hantu Bonceng"), sebelum sesi rakaman di mulakan.
  Jam 11:30am sesi rakaman dimulakan.
Bersama Wak
 Aktiviti berakhir jam 1pm.

Monday, February 27, 2012

RRI Fun Ride

Ahad, 26hb Febuari 2012
Kami memulakan kayuhan seawal jam 8:30 pagi. Antara penunggang yang turut serta pada pagi ini adalah, Nadzree, Qayyum, Eddie, Alex Voon, Arbain, Bai, Mukhriz, Khalili, Eyna & penulis sendiri.
Sarang semut....(tidak ada kene mengena dalam ini cerita)
Berposing sementara menunggu Bai & Mukhriz yang membuat kayuhan extra distance.
Sweeper pada hari ini.... (dan hari-hari sebelum & berikutnya)


Kayuhan berakhir pada jam 11:30 pagi dengan jarak kayuhan sejauh 22km.
(Terima kasih kepada Khalili diatas sumbangan gambar-gambar)