Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Monday, September 7, 2009

Nite Ride at RRI week 5 (16 Ramadhan)

Ahad, 6hb September 2009.
Malam ni cuma ada 4 orang riders sahaja. Keadaan track agak lembab sedikit sebab pagi tadi hujan lebat. Awan menutupi bulan, ini menjadikan track tidak seterang semalam. Kami memulakan kayuhan jam 11:00pm.
Ranting pokok getah yang gugur, menutup laluan masuk. Terpaksa pikul basikal.
Semalam buat ungun api.... hari ni pun buat juga.. nyamuk banyak sangat, tak tahan wooo asyik menggaru jer.
Masa balik menuruni bukit di tangki air... Tiba2 Khairi hilang dari pandangan, tunggu punya tunggu tak muncul2 juga. Bila call, masuk voice mail. Kami mengambil keputusan untuk panjat semula ke puncak. Mana tahu kot2 rantai putus ke, pancit ke atau sebagainya. Dekat 4 kali kami panjat puncak, Sedang kami mencari2 tetiba handphone aku berdering, Khairi memberitahu bahawa dia telahpun sampai dirumah, lega rasanya...
Jam 1:45am, sampai rumah.
Jarak Kayuhan : 20km.
p/s : Perkara penting ketika mengayuh basikal memasuki hutan atau sebagainya, haruslah membawa peralatan yang mencukupi (tiub, pump, tools, first aid kits, etc.) , benda paling harus sekali adalah handphone (don't leave home without it).

No comments:

Post a Comment