Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Monday, September 28, 2009

XC at Plentong

Ahad, 27hb September 2009.
Jam 7:00am aku dah bersiap untuk menghadiri jemputan Bro Najib (rider dari cyclemotion). Beliau ajak ride kat Plentong.. the best XC track in Southern Johor.


Sham

Basikal Sham.
Antara rider yang dah ada kat RV.
Test basikal dulu...
Ramai juga rider yang hadir... lebih kurang 20 orang.
Ni lah Najib... daripada dialah aku dapat kesan 4 buah kedai basikal popular area JB & Pekan Nanas.

Dari kiri : Ayop & Sham
Kayuhan bermula jam 8:15am

Lepas berkayuh lebih kurang 5km, kami regroup...
dan memasuki ladang getah. Tak serupa macam RRi. Ianya merupakan single track...banyak laluan, kalau tak dapat catch-up rider depan, confirm sesat.

Camni la rupa track dia...

Lepas ladang getah, jumpa plak ladang kelapa sawit....
Sebaik keluar dari ladang kelapa sawit, kami regroup.
Masuk ladang getah lagi...

Bagi mereka yang tak larat nak kayuh lagi... bolehlah mengikut lorong terus (kira chicken loop la ni)... manakala yang lain meneruskan dengan mengikut lorong kiri.



Jumpa tasik la pulak... Mengikut Najib, biasanya riders akan memikul basikal untuk menyeberangi tasik ni... nasib baik hari ini air tak tinggi, kalau tak... lu pikul laaaa.



Bro Joe BS... main sorok2 dalam semak...
Sebenarnya bukan dia saja main sorok2 dlm semak... kami semua buat benda sama macam beliau...kena redah semak.


Rehat 5 minit lagi.

Sebaik saja nak memulakan kayuhan... basikal salah seorang pancit la pulak...


Tengah sedap layan downhill, tiba-tiba....


RD hangar basikal Sham patah...
Kayuhan terpaksa disingkatkan..

On the way balik... tayar basikal Bro Joe pulak pancit.

Kayuhan berakhir jam 1:00pm.
Terima kasih banyak2 to all CycleMotion riders. Terutama sekali Najib, Sham & Ayop.
Mengikut Ayop, track yang kami tempuhi tadi akan dijadikan Hash untuk bulan November nanti. Cuma jaraknya akan lebih panjang lagi.
Jarak Kayuhan : 30km.

No comments:

Post a Comment