Jam 6:45am aku dah terpacak kat Petronas A&W. Menanti kedatangan Khalili, Abg Yuzri & Abg Rosli.

Tepat jam 6:45am Khalili muncul, begitu juga dengan Abg Rosli. Manakala Abg Yuzri terus gerak ke Antara Gapi dari rumah.


Sampai di Antara Gapi lebih kurang jam 7:20am



Kami mendaftarkan diri masing-masing.
Posing dulu sebelum memulakan kayuhan.
Lebih kurang 400 riders yg mengambil bahagian.
Mula-mula menyusuri jalan utama.
Lepastu masuk ladang getah... masing-masing menunggu giliran untuk panjat bukit...
Lepas mengharungi ladang getah, masuk pula jalan berturap... kali ni panjat bukit lebih kurang macam bukit kat Subang Bistari.


Downhill yg pertama.

Bila ada downhill... mesti ada uphill.. amik kau. Semua tolak basikal, termasuk la aku. lebih curam dari bukit tolak kat RRi.


Posing lagi...lepas penat tolak basikal.



Yang ni pulak digelar Bukit Dagu. Mengikut cerita dari penduduk tempatan, nama tersebut diberi kerana, barang siapa yang mengayuh menaiki bukit tersebut dagu riders akan melekat pada stem basikal... Tapi aku tak kayuh, aku tolak je.... jadi dagu aku selamat, tak lekat kat stem.


Bukan pendek bukit ni... panjaaang giler, nak tolak basikal pun susah.
Walaumacam mana pun posing tetap posing.
No comments:
Post a Comment