Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Monday, November 16, 2009

RRi Site A & B week 2

Ahad, 15hb November, 2009.
Seawal jam 8:00am, kami bergerak dari Petronas A&W seramai 5 orang.
Antaranya adalah Aku, Khalili (selaku jurugambar), Addy, Firdaus & Hariz.
Sebaik tiba di pintu keluar RRi 'B', kami bertemu dengan group dari Subang Bestari.
Tengah membuat pilihan, jalan mana yang akan dilalui

Akhirnya kami memilih jalan panjat bukit.. baru ada cabaran.

Masih di RRi 'A'


Lepak sebentar di pintu masuk RRi 'B' sambil masak *maggie, buat teh dan ada juga yang buat telur goreng mata lembu.*

Sedang kami menjamu selera, muncul sekumpulan riders yg dalam perjalanan pulang dari berkayuh di RRi 'B'

Selepas "kenyang" kami meneruskan kayuhan, dan lepak sebentar di atas 'bukit tolak'.

Antara muka2 yang sedang penat mendaki 'bukit tangki air'.

Bai yang menunggang Giant Trance, Yazid aka Ustaz dengan T-bolt merah, Saifuz dengan Tora Bora nya, Fimi (yang takde rupa macam orang penat) dengan KHS nya, yang pakai bianchi namanya Ezam manakala adiknya Irwan menunggang T-bolt kaler putih.


Bertukar-tukar pengalaman.
Kat puncak, lalang semuanya dah habis di bersihkan... katanya nak dijadikan Pusat Kaji Cuaca.

Jurugambar kami pada hari ini.
Menuruni laluan yang dulunya dipenuhi lalang...

Firdaus...
Laluan masuk & keluar RRi, semakin kritikal.. kena pikul basikal, kadang2 tak boleh masuk langsung.
Tambah tenaga kat 7E..
Kayuhan berakhir jam 12:00tgh
Jarak kayuhan : 30km.

p/s: yang bertanda * adalah cerita rekaan semata2.
thanx to Fimi for the infos given.

No comments:

Post a Comment