Di sini saya ingin ceritakan serba ringkas tentang persediaan peralatan apabila berlaku kecemasan. Dan perkara ini haruslah diambil berat ketika anda keluar untuk berbasikal gunung.
Contohnya seperti:
1. TIUB BASIKAL

Setiap rider harus membawa bersama sekurang-kurangnya satu. Manalah tahu sedang sedap kayuh di tengah-tengah hutan, tiba-tiba tayar anda pancit. Dan yang paling menyedihkan apabila dalam ramai-ramai riders yang bersama dengan anda pada ketika itu, seorang pun tidak membawa tiub spare. Kenalah tolak basikal, kalau dekat takpe... kalau jauh kat dalam hutan.... sendiri mau ingat laaa...
2. PUMP

Bila dah tukar tiub, kenalah ada pump. Tak perlu bawa pump yang besar macam yang kat rumah tuu... bawa hand pump sudah memadai.
3. PENYAMBUNG RANTAI.

Benda ni pun lebih kurang penting juga sekiranya berlaku rantai basikal terputus. Kalau takde benda ni, kerja menyambung semula rantai akan menjadi sukar.
4. HAND TOOL

Kalau takde benda ni, nak sambung rantai pun tak boleh.
5. FIRST AID KIT

Saya percaya, ramai rider tidak membawa sama first aid kit ni ketika menunggang basikal.
No comments:
Post a Comment