Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Monday, January 4, 2010

Kayuhan Mendaki Bukit Fraser

Sabtu, 2hb. Januari 2010.
Jam 6:40am aku tiba di Petronas A&W. Yang ada di situ pada ketika itu ialah Khairi, Farhoud & Zul.

Tak lama selepas tu geng lain pun muncul, Khalili bersama dengan Firdaus. Bro Yuzri dari Chengkau Club bersama2 dengan Fariq. Shahrul & Zaidi.


Kami berlepas dari Petronas, jam 7:10am

Dan regroup semula di Plaza Tol Rawang. Kat sana Bai & beberapa org riders lagi sedang menunggu dari jam 7:00am lagi.


Jam 8:30am kami tiba di Empangan Sungai Selangor (SPLASH)
Ketibaan Zul di sambut oleh Adrian.

Shahrul berlatarbelakangkan empangan Splash.

Din dalam proses menyapu minyak panas.




Kerja2 memunggah basikal keluar dari transport.

GT milik Shah @ Bobo.

Jamuan sarapan pagi yang didatangkan khas oleh Bro Yuzri, antaranya adalah : Popia Sambal, Cucur Badak, Karipap Sardin & Kentang dan tidak lupa Teh Tarik. Terima kasih banyak2 kalau tidak, panjat fraser dengan perut kosong la kitorang.

Sessi bergambar sebelum memulakan kayuhan. 20 riders kesemuanya.

Kayuhan bermula jam 9:30am.

Tayar kurang angin... patutlah berat semacam jer...


Terdapat 4 orang "sweeper's". sorang lagi tengah amik gambar.


Ada air terjun.


Jam 1:00pm aku & Yuzri sampai di Gap. Yang lain sampai 1jam lebih awal.

Kitorang lepak sambil menunggu hujan reda.

Memandangkan hujan tak reda2. Jam 1:40 kami (Aku, Yuzri, Firdaus & sorang rider pakai Kona merah) meneruskan kayuhan ke puncak. Yang lain (kaki power) semua dah naik awal.

Keadaan laluan sehala.

Tiba di puncak jam 3:00pm.


Makan "tengahhari" jam 4:00pm di kedaimakan belakang masjid.





Bergambar kenangan sebelum turun semula ke bawah.
Perjalanan turun ke Gap mengambil masa 15 min.
Manakala dari Gap ke Splash pula mengambil masa 1 jam.
Kami tiba di Splash jam 6:00pm.
Jam 8:00 sampai ke Kota Damansara.
Jarak kayuhan : 70km.

2 comments:

  1. tahniah beb.... pasni bole kite naik genting perez lak, ape lagi jom la beli roadbike lak, hehe he

    ReplyDelete
  2. tahniah kerana berjaya daki bukit fraser....

    ReplyDelete