Dah lama tak buat aktiviti kayuhan malam.
Kalau dulu, aktiviti kayuhan malam dibuat pada jumaat malam.
Kali ni nak cuba buat hari weekday iaitu pada rabu malam (percubaan).


Berkumpul di blok Melati, jam 9:30pm. Azlee org pertama sampai selepas aku.
Tak lama lepas tu, Hairi diiringi oleh 2 org bodyguards.
Tepat jam 9:45pm, kami memulakan kayuhan.

Kudin pula menunggu di petronas A&W.
Memandangkan aktiviti ni dinamakan Kayuhan Malam,
kami singgah di Uptown Kota Damansara, untuk membeli lampu untuk tiga biji basikal.



Aktiviti sampingan... Memasang lampu belakang basikal.




Kayuhan diteruskan.
Kami gelar bukit khalwat ni kerana dulu setiap kali kitorang sampai je, ada je org tengah berkhalwat kat atas...oleh yg demikian...lekatlah nama tuuu.. (Dengan adanya gangguan dari riders kayuhan malam, akan mengurangkan aktiviti rosak akhlak diorang.. dapat pahala).

Kayuhan kali ni tak meliputi jarak sebenar, memandangkan esok nak kerja, kami singkatkan jarak kayuhan.


Dalam perjalanan balik, terserempak dengan roadies kat SoyaStation.
Salah seorang roadies, ialah...Mali.
No comments:
Post a Comment