Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Monday, December 27, 2010

KDCF Rampage!

Ahad, 26hb Disember 2010.
Jam 8:30am kami iaitu 5 rider tegar memulakan kayuhan merentas hutan simpan kota damansara.

Kayuhan dimulakan dengan memanjat datuk segala bukit.

Dan merehatkan diri selama lebih kurang 5 minit. Sebelum meneruskan kayuhan melalui "scout trail".

Kemudian kembali semula ke pondok untuk pusingan seterusnya.

Antara penunggang basikal gunung tegar...
dari kiri : Ezlan, Nik, Rasyidi (baru sampai), Wong & Zaki.

Bro Rosli & Amran pun tidak ketinggalan untuk join sekali.

Mengikat tali kasut sebelum meneruskan pusingan kedua, iaitu trail temuan pula.

Diambil dari trail temuan.
Kayuhan berakhir pada jam 11:30am.

Monday, December 20, 2010

Sabtu, 18hb Disember 2010.
6 Riders berkumpul di Petronas dan berlepas pada jam 9:00am.

Rehat sebentar selepas membuat satu pusingan di bahagian tropicana.

Commercial break!...
"Gunalah Mosi-guard, ia menghindarkan nyamuk dari anda. Boleh diperolehi di mana-mana farmasi berhampiran anda"

Atas jambatan....

dari kiri : Azim, Raeny, Ezad, Wong, Ezlan & Stephen.

Sebelum memasuki laluan lalang.

Dalam perjalanan pulang.
Kayuhan berakhir jam 12 tengahari di Padang Kota D'Cova.

Sunday, December 12, 2010

KDCF Rampage!

Ahad, 12hb November 2010
Semalam layan RRi, hari ni kami layan KDCF pulak.
Jam 8:30am kami dah pun bersedia untuk memulakan kayuhan mengharungi hutan simpan Kota Damansara.







Rehat sebentar di 2nd platform.
Tadi kami layan Scout trail sepanjang 2km. Kali ni kami masuk untuk layan trail Temuan, iaitu tambahan lagi 2km.

Kali ni bersama Kevin & Wong... (Geng lain laju macam lipas kudung).
Keadaan trail temuan, selepas di baik pulih.
Posing lagi....
dan lagi....
Sebelum pulang kami lepak kat pondok.

Manakala Amran berposing kat signboard "KOTA DAMANSARA COMMUNITY FOREST RESERVE".
Kami bersurai jam 11:30am.

Saturday, December 11, 2010

Saturday Morning Ride

Sabtu, 11hb Disember 2010.
Hari ni kesemua 4 otai bertemu semula dalam satu kayuhan.
Mereka adalah Awie, Syahrul, Din Yeop & Bro Rosli.
Selepas itu kami bergerak ke petronas,
kerana disana ada lagi 6 lagi rider sedang menunggu.
Lim, Wong, Reno, Faizal, Stephen & Rasyidi.
Awie melepaskan gian turun tangga kat puncak RRI (yang lebih setahun tidak dilawatinya).
Lefty milik Lim (yang nampak perut).


Syahrul menjadi "pemandu pelancong"
Perjalanan pulang single trail.
Siapa nak turun dulu....
Din Yeop...
Reno...
Wong...
Awie...
Faizal...
Rasyidi...
Lim...
Regroup, sebelum meneruskan kayuhan.


Rasyidi menuruni teres.
Kayuhan berakhir jam 11:00am di Restoran Padang Kota.