Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Tuesday, August 31, 2010

BC Kelolo @ Melewar

Selasa, 31 Ogos 2010.
Kepada sesiapa yang belum mengenali Haris, atau lebih dikenali sebagai BC KELOLO.
Beliau merupakan penunggang MTB tegar, pembaik pulih basikal & juga pengedar barangan basikal. Kebanyakan harga barangan yang dijual oleh beliau sangat berpatutan. http://www.bicyclebuysell.com/index.php?type=1&cat=&cond=&search=haris+bc+kelolo
Begitu juga dengan servis membaik pulih basikal. Tadi saya berkunjung ke kediaman beliau di No.27 Jalan Marmar 1, Taman Melewar untuk membaiki Bottom Bracket (BB) yang "tread"nya sudah haus.
Mengorek tread lama yang telah rosak sambil membuat tread baru.
Membuang sisa2 dengan menggunakan berus gigi.
Siap... dalam masa kurang dari 10 minit.

Peralatan yang digunakan untuk membuat tread baru.
Kepada sesiapa yang perlukan khidmat beliau, bolehlah menghubungi:
Haris atau BC Kelolo (012 904 9031).

Merdeka Nite Ride

Isnin, 30hb Ogos 2010.
Memandangkan esok rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53, sudah tentu akan adanya persembahan bunga api dibeberapa tempat tertentu. Maka kayuhan pada malam ini adalah bertujuan untuk meninjau bunga api dari menara RRi.
Pada mulanya kami nak menjalankan aktiviti kayuhan hingga ke One Utama. Memandangkan kereta terlalu banyak di atas jalanraya, terpaksa aktiviti tersebut dijalankan dikawasan yang kepadatan kenderaan bermotor 1%.
Kayuhan dimulakan jam 11:15pm yang di "lead" oleh Dzul.
Tiba dipuncak RRi pada jam 11:50pm. Posing dulu sebelum panjat menara.
Dari kiri: Raja, Khalili, Rasyidi, Calvin, Dzul & Ezlan.
Bangunan yang sedang dlm proses menaiktaraf. (tahun depan, dah tak boleh panjat tengok bunga api lagi)
Bunga api yang dipercayai dari Sunway Pyramid.
Snap #1
Snap #2
Restoran Padang Kota penuh, so kami minum di de' Maju.

Monday, August 30, 2010

Nite Ride @ RRi

Sabtu, 28hb Ogos 2010.
6 rider diketuai oleh Khalili berlepas masuk ke rri pada jam 11.15mlm
rider tetamu datang dari sekitar lembah klang, mereka adalah Edmund, Ishar, Adil & Muzz.

Dari kiri: Raja, Muzz, Ishar, Edmund & Khalili.
Adil...


Keluar lebih kurang 1pagi dan lepak di padang kota sehingga lebih kurang jam 2pagi.
total ride length - 16km

*malam tadi aku fail gile sebab lampu sudah malap... agak blind
*khalili tak secergas minggu sebelum. perut meragam..hahha

sekian laporan dari:
Raja

Wednesday, August 25, 2010

Nite Ride @ RRi

Selasa, 24hb Ogos 2010.
Jam 11:00pm kami masuk RRi. Program malam ni adalah kayuhan "on road".
Akan tetapi memandangkan cuaca tersangatlah baik (lagi pun dah 2 hari tak hujan).
Kami pun masuk RRi.
dari kiri : Aku, Calvin & Rasyidi.

Kami memulakan kayuhan "warm-up" 4km.

Dalam perjalanan turun, tiba2 Calvin terjatuh. Aku tengok dia tak bergerak.. cuak juga.
Bila di panggil...

dia kata " I'm okay!".. lega rasanya.

Punca accident, ranting kayu di tengah jalan.

Keadaan kaki Calvin.

"I'm okay".


Terserempak dengan Herbert yang kayuh sorang2 dlm RRi.

Sunday, August 22, 2010

Nite Ride @ RRi

Sabtu, 21hb Ogos 2010.
Jam 10:50pm kami (Raja, Aku, Ezlan, Khalili, Penew & Calvin) memulakan kayuhan masuk RRi.
Ezlan dan diikuti oleh Penew.
Dipuncak RRi...
Khalili, Raja & Penew.
Calvin
Penew menjalankan tugas seperti biasa.

Snap #1
Snap #2

Snap #3... api dah mula padam.
Kayuhan berakhir di Restoran Padang Kota jam 1am. Dan bersurai jam 2am.
Jarak kayuhan : 16km.

Wednesday, August 18, 2010

Nite Ride

Selasa, 17hb Ogos 2010.
Jam 10:30pm Nik sudah pun berada di RV. Dan sedang kami menunggu riders yang lain sampai, hujan pun turun...tapi tak lebat, cuma gerimis jer. Memandangkan basikal sudah di bawa keluar, kayuhan diteruskan jua.
Setelah berkayuh dalam hujan sehinggakan kat checkpoint pertama (taman rimba riang) pun tak dapat nak berposing. Kami mengambil keputusan untuk berposing depan pintu masuk Tune Hotel.
Kayuhan berakhir jam 12:30am di WDB dan bersurai jam 1:30am.

Sunday, August 15, 2010

Nite Ride @ RRi

Sabtu, 14hb Ogos 2010.
Malam ni merupakan malam pertama selepas setahun kami tidak masuk RRi untuk kayuh malam. 7 riders iaitu Aku, Penew, Ezlan, Khairi, Rasyidi, Raja & Khalili memulakan kayuhan pada jam 11pm. Bermula dari Petronas A&W terus ke RRi.
Tugas Penew, menghidupkan api...
Ezlan..
Entah apa yang dibincangkan oleh Khalili & Khairi...
Penew masih bertungkus-lumus menghidupkan api....
Tadaaa! Api sudah idup...IT'S ALIVE...IT'S ALIVE!!
Kengkawan jom kumpul bergambar!
Snap untuk malam ini.
Jam 12:15am kami turun dari puncak... dan keluar dari RRi tepat jam 1am.

Dan minum di Warung Dewan Badminton (WDB) sampai jam 2:30am (sementara tunggu hujan berhenti).
Jarak kayuhan : entah.