Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Monday, January 25, 2010

RRi Sunday Ride

Ahad, 24hb Januari 2010.
Jam 8:00am, Ramai riders dari berbagai kelab telah berkumpul di Restoran Padang Kota.
Firdaus bersama adik Fitri,

Zul Deraman bersama isteri,

Aku & Co,

Dika & isteri.

Eynas & adik Ezlan.

Acara menuruni bukit sebelum panjat bukit tangki air.

Akhirnya berjaya juga panjat sampai puncak.

Acara melepaskan penat diatas bukit....

sambil berposing.

Sedang berbincang cara2 menggunakan gear dengan lebih efficient.

Tengah sedap layan downhill, tetiba rantai basikal Firdaus putus.

Menuju laluan Tongkat Ali.

Melewati landasan kapalterbang RRI.

Rehat kejap...tengah nak decide track mana plak nak lalu.

Akhirnya kami memilih untuk panjat bukit tolak...

Acara memanjat bukit sambil menolak basikal.

Abg Din & adik Fitri.

Sebelum keluar dari RRi.


Dari kiri: Firdaus, Bobo(yang nampak kepala lutut aje), Aku, Farouk, Bro Rosli & Abg Din.

Tiba di Restoran Padang Kota semula jam 12:00 tengahari.

Acara mengisi perut akan berlangsung.....

...tidak lama lagi.

"gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati"

Jarak kayuhan : 17km.

p/s.. Terima kasih banyak2 kepada Khalili diatas sumbangan photo beliau. Kalau tidak blog ni tak bergambar la gamaknyer...

Wednesday, January 20, 2010

Hari Ini Dalam Kenangan...

Sabtu, 13hb Disember 2008.
Kayuhan di FRIM hari ini melibatkan 4 orang jejaka Macho. Antaranya adalah Sharul, Din Yeop, Din Subang & Aku. Kami masuk melalui hospital Sg. Buloh. (Masa zaman tu, masuk ikut belakang tak perlu bayar RM3 sekepala.)


Shahrul baru lepas tergolek masuk lubang...kekeke


Banyak berposing daripada berkayuh.

Posing lagi....

dan lagi.....
Lepak kejap sebelum panjat steroid hill.

Pertama kali panjat, adalah dekat 5 kali aku masuk "pitstop".
Pukul 3pm baru sampai rumah, coz sebelum balik kami singgah kat restoran jejantas makan tengahari.

Tuesday, January 19, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Pada hari Sabtu bersamaan 21hb Mac 2009.
Seramai 4 orang yang kurang akal telah bersiap sedia untuk ke Hutan Lipur Gunung Nuang yang terletak di batu 18, Hulu Langat.
Matlamat utama adalah untuk mendaki sehingga ke Air Terjun dekat Tapak Perkhemahan dengan mengayuh basikal.

Antara 4 orang kurang akal itu adalah Shahrul, Ezad, Oney & Ojas.

Dengan menaiki sebuah kenderaan bukan pacuan 4 roda milik Shahrul, kami tiba di Hutan Lipur Gunung Nuang lebih kurang jam 9:30am.


Aksi penat...

Walaupun penat... Oney tetap control macho.

Ni pun muka penat gak...

Sampai tapak perkhemahan dekat air terjun jam 10:30am.

Park basikal kat atas bukit (susah nak bawa turun dekat sungai. Tawakkal aje harap2 takde orang rembat)


Masak air sebelum mandi sungai... nanti dah lapar bleh makan meggi dengan air teh tarik.

Mandi time!
Lebih kurang pukul 3:30pm kami pun pulang.