Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Tuesday, October 27, 2009

PumpTrack

Sabtu, 24hb Okt.
Jam 7:30am, aku dan Shidi telah berjumpa dengan En. Joe dan Mr. Yong, berhubung lokasi yg sesuai untuk membina PumpTrack.

Hasil dari perjumpaan tersebut, beliau mencadangkan track tersebut dibina di 2nd floor.

Plan baru .

Monday, October 26, 2009

RRi - Tropicana Ride

Sabtu, 24hb Okt.
Bermula di tempat biasa lebih kurang jam 8:15, kami iaitu Wer, Jalil, Dzul, Nik, Shidi & aku memulakan kayuhan merentas ladang getah RRi.

Memandangkan laluan masuk sedang dibina semula ekoran projek perumahan. Kami terpaksa
panjat benteng bagi mengelak lumpur.

Laluan atas benteng... tanah agak lembut, tak boleh kayuh, terpaksa tolak basikal.

Kami melalui jalan "panjang" dengan memanjat bukit tolak sebagai permulaan.

Lepak sebentar selepas penat panjat bukit tolak.

Sebaik tiba di puncak RRi, kami lepak 30min. sebelum meneruskan rancangan untuk ke Tropicana. Semasa nak "gerak" turun, kami didatangi 2 rider lagi, iaitu Syahrul & Din Yeop.

"Pok..pok..pok..bujang lapok.."
Dzul, Wer, Shidi & Aku meneruskan kayuhan ke Tropicana.

Menyusuri tepi kolam tadahan banjir Sg. Buloh.
Kayuhan tamat jam 11:30am.
Jarak Kayuhan : Petronas-RRi-Tropicana-Petronas : 30km.

Monday, October 19, 2009

PumpTrack KDCF

Ahad, 18hb Oktober 2009
Jam 8am, Aku, Wan & Man dah bersedia di pondok KDCF.
Misi utama : Membina sebuah PumpTrack bersaiz sederhana untuk kegunaan MTB's.

Keadaan tapak sebelum di"usahakan"

Wan sibuk membuat persiapan menghalau nyamuk.

Lepas 2 jam, hanya ini saja yg dapat di"usahakan". Bukan hanya nyamuk, malah semut juga turut menyumbangkan "rintangan" didalam penyediaan track ini.

Usaha akan bersambung minggu depan.
Plan cadangan.

RRi, Tropicana & KDCF week 3

Sabtu, 10hb.Oktober 2009
Hari ni kami masuk RRi, keluar melalui jalan berhampiran Tropicana Golf & terus ke Kota Damansara Community Forest (KDCF).
Antara yang hadir Din Yeop, Wan, Wer, Man, Shahrul, Khairi, Khalili & Aku.

Berposing sebentar di tepi kolam tadahan Sg Buloh.

Lepak jap, nampak macam tak penat...

Lepas tu kami masuk trail KDCF pulak, akan tetapi lepak dulu kat pondok KDCF.
Setting apa2 yang patut.

Dari kiri: Man, Shahrul, Wer, Khairi, Wan, Ezad.







Round pertama tadi cuma "warm-up" jer. so kami masuk round kedua pulak.

Lepas second round.
Sebelum balik, singgah warung Zuki (dia ni member KTR juga, expert track Kiara)
minum air kelapa muda. RM2.50 sebiji. mari...mari... minum sekali pasti nak lagi. (ada chance aku dapat komisyen promosi air kelapa muda Zuki ni...hehehe)
Jarak Kayuhan : RRi-Tropicana-KDCF : 22km

Saturday, October 10, 2009

Rubber Research Institute (RRi) & KDCF Ride week 2

Sabtu, 10hb Oktober 2009
Seperti biasa, berkumpul di Petronas A&W jam 7:30am...
Dan berlepas jam 8:00am.


Hari ni Rider tak ramai... tiga orang jer...
Dari kiri: Jalil, Wer & Ezad.

Kami tiba di puncak lebih kurang jam 8:45am, lepak 15min. pastu turun semula jam 9:00am.
Hari ni kena kejar masa... banyak open house nak pergi.

Layan downhill....
Sebaik saja keluar dari RRi, Kitorang terus menuju ke KDCF..
Bro Yuzri call, katanya ada seorang rider nak join kayuh kat KDCF,
Kami berjumpa kat Warung depan 7E seksyen 6 & terus ke KDCF.

Posing kat dlm KDCF.
Dari kiri: Jalil, Nik, Wer & Ezad.

Kat KDCF pun layan Downhill juga.
Kayuhan tamat lebih kurang jam 11am.
Jarak kayuhan : RRi -KDCF : 18km