Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Monday, August 31, 2009

Nite Ride at RRI week 4 (8 Ramadhan)

Ahad, 30hb Ogos 2009.
Memandangkan lagi beberapa jam nak menyambut merdeka, kami berkumpul tempat biasa pada waktu yg biasa juga.

Kali ni Wer @ Farhoud dapat men"join"kan dirinya. Disamping Wan & Man.

Sebaik Khalili muncul, kami pun berlepas.

Sedang sedap melayan downhill, kami terserempak dengan security dari tropicana yang membuat rondaan kat dalam RRi.....? Sebenarnya telah ada kes pecah rumah, Perompak terbabit memasuki rumah di kawasan pinggir melalui ladang RRi.

Kami meneruskan juga perjalanan.. setiba dipuncak.... jam 11:50pm

Sebahagian kawasan Kepong, Kota Damansara & KL. Gambar di ambil dari bangunan tinggal 3 tingkat.



Ni pula gambar di sebelah Shah Alam.

Genting Highland sedang membakar bunga api.
Tak boleh nak zoom in lagi.. maklum lah kamera murah. Warna merah tu adalah nyalaan bunga api.

Kami turun dari puncak lebih kurang jam 12:20 pagi setelah puas menonton bunga api di segenap penjuru. Dengan melalui jalan bukit cempedak & jalan pasir kami sampai di 7Eleven depan SEGi jam 12:45.
Lepas tu ke kedai mamak minum teh tarik.
Jarak Kayuhan : 17km.

Nite Ride at RRI week 4 (7 Ramadhan)

Sabtu, 29hb Ogos 2009.
Bersamaan 7 Ramadhan, kami berkumpul di tempat biasa jam 10:30pm.
Wan beserta adiknya, Man joiner baru untuk kayuhan malam hari ini.

Tepat jam 10:50pm kami berlepas dari Petronas menuju ke RRI.

Kali ini kami melalui track yg boleh dikira agak panjang. Menyebabkan aku terpaksa berhenti rehat lebih dari 2 kali untuk sampai ke puncak. Manakala riders lain cool jer.
Hasil dari cantuman gambar di atas.




Sampai puncak lebih kurang 12:30 pagi. Lepas lepak lebih kurang 15-20min. kami turun semula mengikut jalan berturap dan menyusuri jalan yg ditutupi rumput liar & lalang.

Sampai Warung jam 1:15 pagi.

Jarak kayuhan : 20km

Sunday, August 23, 2009

Night Ride RRi 1st Ramadhan

Sabtu, 22hb Ogos 2009
bersamaan 1 Ramadhan, Kami iaitu Aku & wife, Khalili, Shidi, Khairi & Farhoud @ Wer, sudah bersiap sedia untuk pertama kalinya memasuki RRi pada waktu malam.



Kayuhan dimulakan jam 10:30pm. Suasana agak gelap, jalan berlopak coz siang tadi hujan.
Terpaksa korbankan bekalan air minuman untuk menanggalkan lumpur.

Ni pulak, tayar kurang angin...

Masih lagi membersihkan lumpur......

Sempat lagi berposing...
Basikal Wer

Seperti biasa, lepas mengayuh...lepak warung, jam menunjukkan pukul 12:25am. Sampai warung jer... jumpa Zaidi tengah tunggu order. Kami pulak ada yg order minum aje.. ada yg order makan sekali... & yang tapau untuk makan sahur pun ada.
Jarak Kayuhan : 15km.

Tuesday, August 18, 2009

Nite Ride at RRI

Kengkawan... jom masuk RRi!
Hari : Sabtu
Tarikh : 22hb Ogos 2009
Jam : 10pm
Tempat Berkumpul : Petronas A&W
Pakaian : Bebas
Lampu : Wajib

Monday, August 17, 2009

Merdeka Criterium Race 2009 @ Kota Damansara

Ahad, 16hb. Ogos 2009.
Berlangsung satu acara yang buat pertama kalinya yang dianjurkan oleh kelab GEREXC..."MERDEKA CRITERIUM RACE 2009"

Soya Station menjadi port utama acara.


PowerBar pun ada buka khemah.. jual jersey, stokin dan apa2 aja berkaitan produknya.
Nadza..
Antara pelumba2 yg mengambil bahagian.

Old School.. shifter masih kat lower tube tuuu.

Bebudak Bikes X-treme dari Shah Alam pun ada...

Barisan pengawal lalu-lintas.


Mendengar taklimat sebelum memulakan kayuhan merdeka sambil membawa bendera Malaysia.


Kayuhan Merdeka dimulakan.


Selepas Kayuhan Merdeka...Taklimat utk Perlumbaan pun diberi..

Abg Rosli..


Pelumba bagi Kategori B (MTB Open) sedang bersedia untuk memulakan perlumbaan.
Perlumbaan pun bermula.

Kategori C (Road Open) pula dilepaskan beberapa minit selepas itu.
Rider yg berusia 9 tahun juga tidak ketinggalan untuk turut serta.





MyTV3 juga turut hadir.
Antara acara sampingan... "Soya Tarik".

Lepak sebentar sementara menunggu acara bagi kategori A (Road bike).
Kategori A terpaksa delay selama 30 min bagi melancarkan semula lalulintas.

Kategori A sudah bersiap sedia untuk dilepaskan.


Peserta tunggal wanita dari Universiti Pertahanan Malaysia.

Abg Yuzery bersama anak...
Seorang peserta yg ditimpa kemalangan.

Usop...usop...
Kategori B (MTB Open)
1 . Adrian Chua
2 . Ashahrin Amir
3 . Norshariel Haizat
Kategori A (Road)
1 . Sani Adnan
2 . Shah Nazad Aman Shah
3 . Danny Teng
Kategori C (Road Open)
1 . Mohd Razif Salleh
2 . Mohd Hazfiz Azeman
3 . Danny Teng

Bergambar kenangan.
Acara tamat jam 1pm.