Notis

RRi MORNING RIDE : Setiap Sabtu pagi. Berkumpul di Petronas A&W Kota Damansara. Jam 8:00am. Contact Eddie : 019 3816687 atau Raeny : 012 3932128 .........

KDCF RAMPAGE! : Setiap pagi Ahad. Berkumpul di pondok KDCF. Jam 9:00am. Contact Nadzree : 012 3005191 atau Raeny : 012 3932128 atau Ezad : 012 3419227........

*(SEGALA RANCANGAN TERBATAL SEKIRANYA KEADAAN CUACA TIDAK MENGIZINKAN)*



Thursday, July 30, 2009

MINTA TOLONG!

Kepada semua Kakituariders.

Memandangkan handphone aku telah mengalami masaalah kritikal. (jangkitan virus H2N2 agaknya). segala contact no. telah lesap.

Diharap kawan2 sms nama anda ke :
012 3419 227.
Agar senang untuk dihubungi kelak.

Kerjasama anda sangat2 dihargai.

Sekian terima kasih.

Monday, July 27, 2009

Rubber Research Institute (RRi) July Week 4

Sabtu, 25hb Julai 2009
Bertempat di Petronas A&W jam 7:00am. Kami berempat menunggu kehadiran riders yg lain.





Faiz (berbaju putih) geng baru dari Bukit Jelutong Shah Alam.

Roney @ Oney tengah setup basikal.


Akhirnya muncul 2 jejaka hensem, yg mana menamatkan penantian.




Acara lepak di puncak bukit

Acara menghalau nyamuk.... Oney nak lompat.

Oney buat lompatan terakhir sebelum.....

balik, jam 9:50am.
Jarak Kayuhan : lebih kurang 12km.

Thursday, July 23, 2009

Night Ride Kota Damansara

Rabu. 22hb Julai 2009.
Dah lama tak buat aktiviti kayuhan malam.
Kalau dulu, aktiviti kayuhan malam dibuat pada jumaat malam.
Kali ni nak cuba buat hari weekday iaitu pada rabu malam (percubaan).

Berkumpul di blok Melati, jam 9:30pm. Azlee org pertama sampai selepas aku.
Tak lama lepas tu, Hairi diiringi oleh 2 org bodyguards.
Tepat jam 9:45pm, kami memulakan kayuhan.

Kudin pula menunggu di petronas A&W.

Kayuhan di mulakan.
Memandangkan aktiviti ni dinamakan Kayuhan Malam,
kami singgah di Uptown Kota Damansara, untuk membeli lampu untuk tiga biji basikal.

Aktiviti sampingan... Memasang lampu belakang basikal.



Kayuhan diteruskan.

Lepak 10 minit kat puncak bukit khalwat...
Kami gelar bukit khalwat ni kerana dulu setiap kali kitorang sampai je, ada je org tengah berkhalwat kat atas...oleh yg demikian...lekatlah nama tuuu.. (Dengan adanya gangguan dari riders kayuhan malam, akan mengurangkan aktiviti rosak akhlak diorang.. dapat pahala).
Kayuhan kali ni tak meliputi jarak sebenar, memandangkan esok nak kerja, kami singkatkan jarak kayuhan.
Dalam perjalanan balik, terserempak dengan roadies kat SoyaStation.
Salah seorang roadies, ialah...Mali.


Kayuhan tamat jam 11:45pm
Jarak kayuhan : lebih kurang 14km.

Saturday, July 18, 2009

Rubber Research Institute (RRi) & Kota Damansara Community Forrest (KDCF) July week 3

Sabtu. 18hb. Julai 2009.
Seperti biasa, RV di Petronas A&W Kota Damansara.
Tapi kali ni program cepat sikit.

Jam 7:00am aku dah terpacak kat sana menanti kawan2 lain datang.

tak lama lepas tu semua yg janji nak datang pun muncul...
cuma ada tambah member baru.

Hairi namanya tinggal kat sec. 6.
Start roll pukul 7:25am.

Zack...tengah panjat bukit kat tangki air.

First time masuk... memang camtu.
Aku dulu lagi teruk..rasa nak muntah pun ada.


Sebaik tiba di puncak, ada tiga riders dari Subang join sekali.
Belakang Zack, Aaron & Chu.
Lepak kat puncak dlm 10-15 minit.



Sharul in Action
Kudin pun in Action juga
Begitu juga dengan Zack...
Aaron..
Chu &....
Max.

Going downhill.


Kayuhan di RRi tamat jam 9:00am.
Akan tetapi aku & Hairi terus sambung kayuh kat KDCF.
Sampai sana aje, roger Shidi & Awie.

Ada halangan melintang di tengah jalan.
(sebatang pokok yg berduri sebesar peha Awie)
telah berjaya dialihkan berkat kerjasama mereka bertiga. (Aku tengok aje).

Lepak kejap...



Kayuhan Tamat jam 11:30am
Jarak kayuhan : Petronas A&W - RRi - KDCF - Rumah : 20km.